Friday, January 25, 2013

IKHLAK SEORANG DA'I



Assalamualaikum warohmatullah

Alhamdulillah, tidak ada daya dan kekuatan melainkan atas pertolongan Allah yang telah memberikan saya kesempatan untuk mengisikan blog saya dengan pengisian yang agak sederhana ini. Yang saya rasa pada kali ini, saya akan mengemaskinikan blog saya dengan tajuk akhlak. Insha Allah...

Saya memuji mereka yang menyampaikan dakwah al-Quran dan as-Sunnah dengan semangat yang membuak-buak. Tidak dinafikan, inilah contoh yang patut ditekankan dan terus dipraktikkan agar orang awam sentiasa mentauhidkan Allah serta melakukan ibadah sahih. Tetapi, terdapat sedikit kepincangan apabila mereka berdakwah dengan tidak melihat kepada kondisi seseorang terlebih dahulu, lantas menggunakan ketegasan sehingga membuatkan orang menjauhkan diri dari mereka yang menyampaikan dakwah.

Allah berfirman:

"Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu." {QS. Ali Imran: 159}

Dan Sabda Nabi:


"Berilah kemudahan dan jangan mempersulit, Berilah khabar gembira dan jangan membuat mereka lari" 

[Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]


Dapat kita petik daripada firman Allah dan sabda Nabi di atas bahawasanya, dakwah itu hendaklah disampaikan dengan sikap yang lembut, tidak tergopoh-gapah, dengan kesabaran dan disertakan dengan penuh hikmah. Kerana, ada sesetengah manusia, niat mereka baik dalam mengajak manusia kepada yang ma'ruf. Tetapi, cara mereka tidak sesuai dengan apa yang mereka niatkan. Ini kerena, ada daripada mereka yang apabila menyampaikan dakwah, mereka terus mengharap agar orang yang menerima dakwah tersebut, serta merta terus berubah. Harus di ingatkan di sini bahawa hidayah itu hanya milik Allah dan hanya daripada Allah untuk menentukan kepada siapa yang mendapatkan hidayah dan petunjuk daripada-Nya.

Semoga apa yang saya sampaikan ini, dapat memberikan kepada kita sedikit pelajaran. Bagi sesiapa yang menganggap ianya sebagai suatu kata-kata pembakar semangat, maka saya berharap agar jadikanlah ia satu cabaran buat diri. Masing-masing punya kelemahan dan kelebihan. Lantas, ianya juga nasihat buat diri saya sendiri. Semoga Allah menambahkan ilmu kepada kita dan terus istiqomah dalam menyampaikan dakwah sunnah.

Jika punya sebarang teguran, boleh lah tegur dan nasihat. Saya sangat perlukan teguran dari rakan-rakan.

Wallahu'alam

Wednesday, January 23, 2013

Mukkadimah

Bismillah, Assalammualaikum warahmatullah



ان الحمدالله, نحمده, ونستعينه, ونستغفره, ونعوذبالله من شرور انفسنا, ومن سيئات اعمالنا, من يهده الله فلا مضل له ,ومن يضلل فلا هادي له, واشهد ان لااله الاالله وحده لاشريك له, واشهدان محمدا عبده ورسوله

"Segala puji bagi Allah, kita memuji-Nya, dan memohon pertolongan dan ampunan kepada Nya, kita berlindung kepada Allah dari kejahatan diri kita dan dari kejahatan perbuatan buruk kita, barangsiapa yang Allah beri petunjuk, tidak ada yang dapat menyesatkannya dan barang siapa yang Allah sesatkan, maka tidak ada yang dapat memberinya hidayah. Aku bersaksi bahawa tiada ilah kecuali Allah yang berhak diibadahi dengan benar, dan aku bersaksi bahawa Muhammad -Shalallahu 'alaihi wa sallam- adalah hamba-Nya dan utusan Nya"

Amma ba'du

     Pertama sekali, saya ingin memanjatkan syukur kepada Allah yang telah menggerakkan hati saya untuk mula menyampaikan ilmu melalui alam maya ini iaitu dengan "blogging". Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada para "blogger" yang sudi untuk mengikuti perkembangan saya. Yang saya rasa ianya akan sentiasa di isi dengan ilmu-ilmu yang berpandukan al-Quran dan as-Sunnah yang selari dengan pemaharan para salaful ummah yakni umat terdahulu. Saya juga berharap, agar dengan usaha ini ianya dapat menjadi ilmu yang bermanfaat untuk dimanfaatkan oleh para pembaca. Akhir kata dari saya kepada pembaca, teruskan usaha dalam menuntut ilmu dan sibukkanlah diri dengan ilmu yang sahih. 

Assalamu'alaikum warohmatullah wabarokatuh